About Me

My photo
I am a woman with strong character, a believer in Justice, a supporter for Harmony & Equality, a feline lover. At times I can be funny, some times you hate what I did (honestly, I don't really care). Don't crack foreign jokes to me, you'll be pissed when I can't see thru it (don't waste your time).. **Please do NOT speculate from the title of my blogs. For I am the kind of woman who is blessed with the talent to make you laugh to tears.**

Wednesday, November 12, 2008

Aku Masih Disini

Aku masih disini kerana orang tua ku.. Kerana orang tua ku memerlukan aku..

Emak sakit.. tak lama lagi harus menjalan pembedahan sekali lagi. Emak tak mahu dibedah; dia takut. Semalam emak menghubungiku dipejabat. Suara tua itu menangis nangis penuh kehampaan. Katanya "tak usah lah berhabis duit untuk pembedahan aku. dermakan sajalah wang itu.. biarkan saja mak mati.. dah tak sanggup rasanya macam ni.."

Emak ke hospital semalam.. menjalan ujian sebelom pembedahan. Aku tidak menghantarnya.. bukan kerana aku tak mahu. Aku memberi laluan kepada anak anaknya yg lain untuk bersamanya. Emak sering kemana mana dengan ku. Malahan emak enggan bercuti jika aku tidak ada bersama. Mungkin kerana aku anak bongsu..

Katanya, doktor mendapati jumlah kolestrol dlm badannya tinggi. Dia hampa kerana semenjak menjalani pembedahan kira kira 4 tahun yg lalu, dia sangat berpantang makan & minum. Sekarang badan nya susut sekali. Namun, setiap kali menjalani ujian kesihatan, ada saja penemuan baru yg didapati mengenai kesihatannya.

Hidupku dirundung pelbagai masalah tapi aku harus tetap kuatkan semangat demi orang tuaku.. aku masih disini sebab mereka. Jika ditakdirkan mereka sudah tiada lagi.. aku akan membawa diri ini pergi jauh dari sini. Sebab aku sudah tidak punya siapa-siapa lagi tanpa mereka.

Kemarin, dalam perjalan pulang dia jemputan perkahwinan, ibu berpesan dengan nada sayu.. "kalau mak tak ada, jangan biarkan ayah hidup merempat"..
Sebak tak terhingga mendengar kata kata emak. Tak kan aku biarkan orang tua ku merempat.

Handai & taulan.. usah lah bertanya lagi mengenai kakak ku.. sememangnya aku tak mampu memberi jawapan mengenai hidupnya, kelakuan nya. Orang tua kami telah mendidik dan membesarkan kami sebaik mungkin. Kami dibesarkan dgn ilmu duniawi & ukhrawi yg sewajarnya. Seandainya, kami tidak menjadi muslim yg solehah seperti yg diharapkan, maka itu adalah pilihan kami bukan kesalahan orang tua kami. Jangan lah dipersoalkan atau menyalahkan orang tua kami.

Sebagai seorang adik, saya telah mencuba meminta pertolongan dari ahli keluarga yg lain.. tetapi syarat yg dikenakan kepada saya agak kurang terdaya untuk saya penuhi. Nasihat saya dianggap sebagai mencampuri urusan peribadi nya. Maka saya biarkan saja dia begitu. Banyak lagi perkara penting yang harus saya tangani dlm hidup ini dan tiada masa untuk mencampuri hal sesiapa pon. Semoga Allah memberi dia pentunjuk & hidayah and membimbing nya kejalan yg diredhai.. Insya allah.

Saya doakan agar dia bertemu ketenangan, kejayaan, jodoh & kebahagiaan. Semoga cita cita nya untuk ke US dimakbulkan tuhan.

Buat masa ini, yg amat saya harapkan ialah doa kalian agar emak saya kembali pulih dan pembedahannya berjalan lancar. Semoga emak saya diberi ketabahan & ketenangan mengharungi ujian nya ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..

- Dinda

No comments:

Post a Comment