Sukar benar untuk menulis dalam bahasa Melayu. Ini lah expedisi baru ku; menulis dalam bahasa ibunda - Bahasa Melayu
Payah, terkial-kial memilih perkataan dan menyusun ayat yang sesuai. Sudah terlalu terbiasa bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Inilah padahnya.
Bagi yang sukar mengerti yang tersurat dan tersirat, faham-faham saja lah. Aku cuba sedaya upaya agar pembacaanmu kurang terseksa.
Sebenarnya hidupku ini sangat membosankan..
15 belas tahun melayar bahtera, anak sulung kami sudah pun meningkat remaja..
Kebelakangan ini hidup ku rasa seperti satu routine biasa...
Bekerja dari Isnin hingga Jumaat.. untuk mencari duit.. untuk menampung sara hidup keluarga..
Jadual anak-anakku boleh tahan juga padatnya. Masing masing sibuk dengan latihan musik. Cuti sekolah pon mereka ada latihan. Bagus juga mereka ada kegiatan yang berfaedah sepanjang cuti sekolah. Maklumlah, aku dan suami sentiasa sibuk dengan kerja.
Selalunya setiap Ahad masa kami bersama keluarga.. tetapi kebelakangan ini, setiap Ahad cuma setengah hari saja untuk keluarga. Bakinya suamiku harus menyelesaikan kerja pejabat nya.
Mengeluh pun tak guna.. nak berleter memang aku tak suka.. cakap banyak kena tempelak balik baru padan muka! So, aku diam saja. Itu lebih baik daripada hati sendiri menjadi mangsa.
Baru baru ini aku bercadang nak pergi bercuti. Ingin berehat setelah berhempas pulas sepanjang tahun. Keluarga kami sering juga pergi bercuti.. tahun ini saja sudah tiga kali kami ke Malaysia. Pada bulan Jun kami sekeluarga ke Hong Kong.
Aku penat! Penat sekali! Jujung tahun selalunya bisness kurang rancak jadi aku ingin mengambil kesempatan ini untuk berehat sepenuhnya.
Anganku melayang jauh.. Aku ingin ke San Francisco.
Kemudian aku berpaling arah ke Los Angeles dan New York.
Tapi suamiku lebih terpikat untuk berulang semula ke Zurich atau mendaki Tembok Cina.
Tak kira lah dimana, aku ingin berehat sepenuhnya...
Segala perancangan telah ku buat. Namun, hasratku terpaksa digugurkan kerana masalah cuti.
Cuti aku banyak lagi tapi suamiku kekurangan cuti kerana baru saja kembali bekerja pada bulan Mei kemarin. Dia cuma ada 2 hari saja. Permohonannya untuk mendapatkan cuti tambahan tanpa gaji tidak mendapat restu.. Maka anganku mati disitu..
Bingit, bosan tak terkata.. Sekarang duduk rumah saja sambil melayan emosi cengengku di alam cyber...
No comments:
Post a Comment