Bingit!
Nak kerja pun tak aman!
Macam lah hidup aku ini kurang tekanan. Kurang kegiatan. Kurang sibuk lagi. Ada saja yang suka tokok tambah beban jiwa aku!
Aku tak pakai tudung tapi bukan bermakna aku tak ada pendirian agama. Jangan paksa aku jadi syirik! Setiap satu masalah ada penyelesaiannya. Aku yakin dan aku pasti suatu hari, bila sesuai waktu dan ketikanya Allah pasti aku tunjukkan aku jalan penyelesaiannya. Jangan suruh aku cari bomoh dan dukun!
Terima kasih for all these stupid mess I'm in!
Macam lah tak cukup lagi kau malukan mak bapak kau! Suatu hari nanti kau akan rasa bagaiman aku rasa.
Aku tahu kau tak kesal & tak rasa bersalah dengan apa yang kau buat selama ini. Semuanya salah orang lain. Salah kawan-kawan, salah guru, salah adik beradik & salah mak bapak kau! Semua orang salah kecuali diri kau sendiri!
Dulu mak aku cakap jangan kahwin dengan ahli secret society .. nanti keturunan kau semua kena pukul orang sebab bapaknya kaki pukul. Aku akur.. aku tak kawin pun dengan ahli Secret Society tu.
Suamiku bukan kaki pukul.. tak hisap rokok pun! Tapi anak aku kaki pukul, kaki ugut, hisap rokok! Jadi, keturunan siapa ni?! Nak kata anak orang lain tertukar kat hospital, tak mungkin! Sebab raut wajah nya tak ubah seperti ayahnya! Tapi, kenapa sikapnya langsung tak macam ayahnya!
Aku dengar kata orang tua ku.. tapi anak sulung aku selalu ingkar kata2 aku!
Anak siapa ni??!! Bingit dah tak terkira!! Malu dah tak terkata!!
Aku jaga maruah kau.. kau injak maruah aku!!
Ini Peringatan Terakhir:
Kalau tak boleh/tak tahu macam mana nak bantu masalah aku, back-off!
Sebelum aku lari dan tinggalkan semuanya!
Sekiranya itu terjadi, jangan pernah cari kami lagi!
Sekiranya perasaan kami tiada ertinya kini.. ia tidak akan bererti nanti!
I HAD ENOUGH!
AND I REALLY MEAN IT!!!
No comments:
Post a Comment