About Me

My photo
I am a woman with strong character, a believer in Justice, a supporter for Harmony & Equality, a feline lover. At times I can be funny, some times you hate what I did (honestly, I don't really care). Don't crack foreign jokes to me, you'll be pissed when I can't see thru it (don't waste your time).. **Please do NOT speculate from the title of my blogs. For I am the kind of woman who is blessed with the talent to make you laugh to tears.**

Friday, March 26, 2010

VOYEUR...

VOYEUR..
In clinical psychology, voyeurism is the sexual interest in or practice of spying on people engaged in intimate behaviors, such as undressing, sexual activity, or other activity usually considered to be of a private nature.[1][2] In popular imagination the term is used in a more general sense to refer to someone who habitually observes others without their knowledge, with no necessary implication of sexual interest.
Voyeurism (from the French voyeur, "one who looks") can take several forms, but its principle characteristic is that the voyeur does not normally relate directly with the subject of their interest, who is often unaware of being observed. The voyeur may observe the subject from a distance, or use stealth to observe the subject with the use of peep-holes, two-way mirrors, hidden cameras, secret photography and other devices and strategies. ~ wikipedia



A stranger thinks I am a Voyeur..

Friends, what say you?

I am not going to get affected by a flying statement of someone I barely knew and don't bother to find out more about me.

My friendliness should not be misunderstood or taken advantage of. For you will definitely hate it when I decided to be unfriendly. But then, don't accused me of being arrogant if I decided to treat you at the bottom of my feet!

There is a limit to everything. Just because you have the mouth, its your free-will to call people anything you like.

Anyway, I've cross-path with such people who thinks too highly or too great about themself... pathethic!


Au Revoir!!

Thursday, March 25, 2010

Sebelum Aku Lari Meninggalkan Semuanya!

Bingit!
Nak kerja pun tak aman!

Macam lah hidup aku ini kurang tekanan. Kurang kegiatan. Kurang sibuk lagi. Ada saja yang suka tokok tambah beban jiwa aku!

Aku tak pakai tudung tapi bukan bermakna aku tak ada pendirian agama. Jangan paksa aku jadi syirik! Setiap satu masalah ada penyelesaiannya. Aku yakin dan aku pasti suatu hari, bila sesuai waktu dan ketikanya Allah pasti aku tunjukkan aku jalan penyelesaiannya. Jangan suruh aku cari bomoh dan dukun!

Terima kasih for all these stupid mess I'm in!
Macam lah tak cukup lagi kau malukan mak bapak kau! Suatu hari nanti kau akan rasa bagaiman aku rasa.

Aku tahu kau tak kesal & tak rasa bersalah dengan apa yang kau buat selama ini. Semuanya salah orang lain. Salah kawan-kawan, salah guru, salah adik beradik & salah mak bapak kau! Semua orang salah kecuali diri kau sendiri!

Dulu mak aku cakap jangan kahwin dengan ahli secret society .. nanti keturunan kau semua kena pukul orang sebab bapaknya kaki pukul. Aku akur.. aku tak kawin pun dengan ahli Secret Society tu.

Suamiku bukan kaki pukul.. tak hisap rokok pun! Tapi anak aku kaki pukul, kaki ugut, hisap rokok! Jadi, keturunan siapa ni?! Nak kata anak orang lain tertukar kat hospital, tak mungkin! Sebab raut wajah nya tak ubah seperti ayahnya! Tapi, kenapa sikapnya langsung tak macam ayahnya!

Aku dengar kata orang tua ku.. tapi anak sulung aku selalu ingkar kata2 aku!
Anak siapa ni??!! Bingit dah tak terkira!! Malu dah tak terkata!!
Aku jaga maruah kau.. kau injak maruah aku!!

Ini Peringatan Terakhir:
Kalau tak boleh/tak tahu macam mana nak bantu masalah aku, back-off!
Sebelum aku lari dan tinggalkan semuanya!
Sekiranya itu terjadi, jangan pernah cari kami lagi!
Sekiranya perasaan kami tiada ertinya kini.. ia tidak akan bererti nanti!

I HAD ENOUGH!
AND I REALLY MEAN IT!!!

Tuesday, March 16, 2010

Sekolah Lagi

Hari ini aku mula bersekolah lagi.. rasa seronok macam mula mula nak masuk darjah satu!! hahahahaha!

Kenapa lah aku ni sibuk sangat nak sekolah lagi? Agaknya sebab aku memang suka belajar sesuatu baru. Dulu mak bapak suruh belajar.. aku malas.. sibuk nak kahwin (fyi - aku kahwin di usia 17 tahun.. gelojoh ehh??!! wateva!).

Perkahwinan juga suatu pelajaran. Belajar macam mana nak hidup dengan orang asing. Belajar bagaimana menyesuaikan diri dan membawa diri didalam keluarga besar orang lain. Belajar protocol, budaya, tabiat, selera orang lain. Belajar untuk mengurus orang lain (suami), anak-anak (ada yg tak terkawal pon!) dan rumahtangga (bukan 'kerja rumah', ok!). Belajar untuk mengimbangi ekspektasi vs realiti. Pokoknya.. belajar apa saja yang kehidupan ini sajikan untukku.

Ini akan menjadi diploma kedua ku. Yang pertama dalam bidang pentadbiran (I can't believe that I had to google to find the correct spelling for this word.. gosh!). Kali ini undang-undang menjadi minat aku. Kemana kesudahannya? Belom tahu lagi. Doakan yang terbaik untuk ku, ya!

Aku ini macam banyak sangat masa gitu. Kerjaya, Rumahtangga, Keluarga dan kini Pengajianku pula. Namun, pelajaran itu penting. Sangat penting terutama sekali hidup di Singapura.

Sedang aku sibuk nak belajar semula, putera sulungku duduk lepak di rumah dah tiga minggu! Kena suspension lagi. Ini suspension kali kedua untuk tahun ini. Anak yang seorang itu entah mana silap nya. Tidak tenang dimana-mana. Ada saja masalah yg dia buat, yang dia cari. Meskipun dia hidup didalam keluarga yang sempurna, sikap nya lebih teruk dari anak yang melalui kepincangan keluarga (broken family). Aku dah suami ibarat mati akal dibuatnya..

Suamiku.. dia pon sibuk belajar. Baru saja melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah dalam bidang Pentadbiran Tenaga Kerja (betul ke aku tulis ni?? What I mean is "Degree in Human Resource").

Oh lupa nak sebut.. selain dari kursus undang-undang, aku juga sedang mengambil kursus bahasa Arab. Ni bukan apa.. agar tak lupa keturunan ayahanda ku.. Ayahku berketurunan Arab tapi tak satu pon anak-anak nya fasih bertutur bahasa Arab.. Jadi, aku belajar lah. Seronok betul belajar bahasa baru. Setiap Sabtu aku ke kelas bahasa Arab di Al-Markaz (Bussorah Street) bersama seorang teman, Lela. Seronok bila ada teman belajar bersama. Apa saja yang terlupa, Lela boleh ingatkan.. lagipon dekni terrer! hehehehe!

Minggu lepas aku 'play cheat'.. ada ke patut terjemah nombor dalam bahasa Arab sambil buka buku??!!! hahahahaha! Itu lah yang paling merepek pernah aku buat. Dah tak ingat.. tak kan nak pura pura ingat! Apa lagi, mengeluh panjang lah muddarisi... :D

Sepatutnya sekarang aku buat kerja.. tapi perasaan ghairah nak mula sekolah malam nanti membuak-buak sampai tak boleh konsentrasi.. maka aku layan diri untuk menulis blog ini..
Alaaa.. bukan nya selalu..
Makan gaji buta aku hari ini.. Masyaallah!! Subhanallah!! La ila hailallah!!

~ TAMAT ~