Balik balik berpusing pada aku juga!
Tak kira punca siapa, silap siapa tetap aku jugak yang kena akhirnya.
Terima panggillan dipejabat dari pembantu rumah yang sedang menangis.
Lerr.. apa pulak yang sudah terjadi?
Budak-budak bertumbuk dirumah pagi tadi. Hanya kerana roti!
Silap:
Ryan - Roti tinggal dua makan satu dulu apa lah salahnya. Lepas makan pergi lah kedai beli roti lagi. Langsung tak ingat orang belakang. Dah tahu perangai abang dia macam singa lapar...
Eddy - Panas baran sama macam bapak dia jugak! Kurang toleransi. Roti dah habis pergi lah beli kat kedai bawah blok tu. Kalau malas nak turun ke kedai, makan biskut tak boleh ke? Sikit sikit nak mengamuk. Sikit sikit nak gaduh..
Pembantu - kalau dah tahu roti tak cukup, kenapa tak beritahu semalam supaya aku boleh beli semasa pulang dari kerja?
Dah tahu Eddy marah sebab roti habis tak tahu nak pergi beli ke? atau sekurang kurang nya kasi dia duit untuk beli? Tadi pagi aku tinggalkan duit utuk apa kalau benda macam ini pun tak boleh fikir? Kalau dah tak minat nak kerja, cakap saja. Dengan rela hati aku hantar balik.
Bingit:
Mak aku - Aku mintak tolong dia nasihatkan budak-budak and pembantu. Tapi bukan dia nasihatkan.. dia bagi makan pulak. Akhirnya aku pulak yang salah dimata dia. Aku tak cukup bagi makan katanya! Baru minggu lepas belanja pasar sampai $200.. tak cukup ke tu?
Mak aku memang camtu. Apa apa pon aku tetap dipersalahkan. Orang lain semua betul biarpun jelas nyata kesalahannya. Bila aku protest, dia jawab "Kalau aku tak salahkan kau, nanti keadaan bertambah teruk. Lagipun, aku tahu kau tak suka ambik hati. Jadi tak apa lah kalau aku salahkan kau."
Boleh gitu? Aku ni punching bag ke?
Korang semua 'take me fro granted'. Nanti aku lari jauh jauh baru korang tau...
No comments:
Post a Comment