About Me

My photo
I am a woman with strong character, a believer in Justice, a supporter for Harmony & Equality, a feline lover. At times I can be funny, some times you hate what I did (honestly, I don't really care). Don't crack foreign jokes to me, you'll be pissed when I can't see thru it (don't waste your time).. **Please do NOT speculate from the title of my blogs. For I am the kind of woman who is blessed with the talent to make you laugh to tears.**

Wednesday, June 24, 2009

Huh? Akhirnya Aku Juga Yang Kena..??

Balik balik berpusing pada aku juga!
Tak kira punca siapa, silap siapa tetap aku jugak yang kena akhirnya.


Terima panggillan dipejabat dari pembantu rumah yang sedang menangis.
Lerr.. apa pulak yang sudah terjadi?
Budak-budak bertumbuk dirumah pagi tadi. Hanya kerana roti!

Silap:

Ryan - Roti tinggal dua makan satu dulu apa lah salahnya. Lepas makan pergi lah kedai beli roti lagi. Langsung tak ingat orang belakang. Dah tahu perangai abang dia macam singa lapar...

Eddy - Panas baran sama macam bapak dia jugak! Kurang toleransi. Roti dah habis pergi lah beli kat kedai bawah blok tu. Kalau malas nak turun ke kedai, makan biskut tak boleh ke? Sikit sikit nak mengamuk. Sikit sikit nak gaduh..

Pembantu - kalau dah tahu roti tak cukup, kenapa tak beritahu semalam supaya aku boleh beli semasa pulang dari kerja?
Dah tahu Eddy marah sebab roti habis tak tahu nak pergi beli ke? atau sekurang kurang nya kasi dia duit untuk beli? Tadi pagi aku tinggalkan duit utuk apa kalau benda macam ini pun tak boleh fikir? Kalau dah tak minat nak kerja, cakap saja. Dengan rela hati aku hantar balik.


Bingit:
Mak aku - Aku mintak tolong dia nasihatkan budak-budak and pembantu. Tapi bukan dia nasihatkan.. dia bagi makan pulak. Akhirnya aku pulak yang salah dimata dia. Aku tak cukup bagi makan katanya! Baru minggu lepas belanja pasar sampai $200.. tak cukup ke tu?


Mak aku memang camtu. Apa apa pon aku tetap dipersalahkan. Orang lain semua betul biarpun jelas nyata kesalahannya. Bila aku protest, dia jawab "Kalau aku tak salahkan kau, nanti keadaan bertambah teruk. Lagipun, aku tahu kau tak suka ambik hati. Jadi tak apa lah kalau aku salahkan kau."

Boleh gitu? Aku ni punching bag ke?

Korang semua 'take me fro granted'. Nanti aku lari jauh jauh baru korang tau...

Friday, June 19, 2009

Seandainya...

"Seandainya...
Dapat kau selam
Sama mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang dipermukaan..."

Pejabat tenang saja.. kerja aku pon tenang saja... kalau tak tenang pon, aku bawak bertenang ler.
Setiap sesuatu itu ada had nya. Kalau nak diikutkan sangat kerja aku ni.. tak payah balik rumah jawabnya. Hai.. kalau dah setiap hari kerja melebihi 12 - 15 jam masih tetap jugak kerja menimbun, apa nak dikatakan lagi? Aku buat saja apa yang terdaya.

Semenjak kerja disini, rasanya sebahagian hidupku sudah mati. Masa utuk keluarga selalunya dihujung minggu saja. Lebih tepat lagi .. hari Ahad saja sebab anak-anak ku sibuk sekali pada hari sabtu.

Work-Life Balance.. hmmm what's that?? Aku rasa falsafah itu hanya untuk kerani kontrak saja. Dipejabatku, jam 10 malam pon belom tentu gelap gelita. Kalau tak tercanguk depan komputer di pejabat, jari jemari pantas menari atas blackberry. Ataupon, mengadap laptop dirumah.
Itu lah hakikat perkerjaanku terutama sekali disaat kemurungan ekonomi. Tapi, ketika ekonomi baik pon sama saja.

Seperti yang aku katakan tadi.. aku buat saja mana yg termampu..

Suamiku pon apa kurang nya. Majikan dia tak habis-habis buat olah.. cari alasan nak kurangkan tenaga kerja tanpa membayar pampasan.. Aku tahu dia amat tertekan buat masa ni. Kesian jugak aku tengok dia. Ikutkan hati memang tak rela tengok dia pergi kerja macam tu.

C'mon, work have to be happy. Apa gunanya ke kerja dengan rasa terpaksa dan terdera.
Terpaksa kerana harus menyara keluarga.
Terdera kerana majikan yang tidak bertimbang rasa dan asyik menukar pendirian sewenang-wenangnya. Meminta sesuatu yang belum tentu dia sendiri mampu melakukannya.

Aku tak suka melihat kemurungannya. Hidup harus bahagia, bukan sekadar mengumpul harta semata.

Mungkin dah tiba masanya aku mulakan perniagaan yang sudah tertunda sekian lamanya.
Bukan sengaja nak ditunda, tapi sebenarnya aku tiada minat dan kemahiran untuk berniaga.
Mungkin 'dia' boleh memulakannya sebab dia lebih berpengalaman.

Hmm.. sebenarnya aku sedang melepaskan tension disini. Kerja terlalu banyak sampai otak ku berat untuk berfungsi..